Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia atau JHEV ATM telah ditubuhkan pada 11 Oktober, 2000. Ia telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia. JHEV telah memulakan operasi secara rasminya pada 1 Januari, 2001 dan beralamat di Tingkat 20, Menara TH Perdana, 1001, Jalan Tun Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
JHEV ATM merupakan sebuah Jabatan yang ditubuh berdasarkan objektif utama adalah untuk membantu para veteran Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM.
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk menawarkan peluang bagi setiap anak-anak veteran ATM mencapai impian melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.
Di era norma baharu dengan arus lanskap global yang bergerak pantas dan sentiasa berubah serta keadaan negara yang beransur pulih setelah dilanda arus pandemik, impian menyambung pendidikan di institusi pendidikan tinggi kini amat mudah dengan adanya program Dermasiswa Pengajian Asasi Sastera (Foundation in Arts).
Program ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia.
Setiap pelajar yang berjaya akan mendapat Tajaan Penuh (Dermasiswa) Yuran Pengajian selama satu (1) tahun oleh UNIRAZAK. Program ini juga merangkumi pengetahuan asas mengenai pelbagai bidang di dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.
Di UNIRAZAK, pendidikan adalah untuk semua.
Menyediakan peluang bagi anak-anak veteran ATM yang terkesan oleh pandemik Covid-19 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.
Membuka peluang bagi anak-anak veteran ATM untuk melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.
Menyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.
Membuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.
Melahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.
*Syarat Lain: Keputusan Percubaan SPM juga di terima pakai untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK.
Kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin
Dimiliki sepenuhnya oleh
YAYASAN PELABURAN BUMIPUTRA
Hubungi Kami
UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
195A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur