DERMASISWA PENGAJIAN

Asasi Sastera
Foundation in Arts

Daftar Dermasiswa Sekarang!
Asasi Sastera Foundation in Arts

Kerjasama Antara

logo PDRM
Logo Unirazak

Pengenalan

Majlis Sukan Negara ditubuhkan dibawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara Pindaan (1979). Pelancaran secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dengan kerjasama Majlis Sukan NegaraMalaysia (MSN) telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk kepada ahli-ahli sukan di bawah naungan MSN, anak-anak pegawai sukan yang berkhidmat dengan MSN, dan kepada anak-anak ahli-ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB); lepasan SPM yang berkelayakan melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi. Di era norma baharu dengan arus lanskap global yang bergerak pantas dan sentiasa berubah serta keadaan negara yang beransur pulih setelah dilanda arus pandemik, impian menyambung pendidikan di institusi pendidikan tinggi kini amat mudah dengan adanya program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi Sastera “Foundation in Arts”.

Program ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Program ini akan dijalankan secara maya sepenuh masa. Setiap pelajar yang berjaya akan mendapat tajaan penuh (Dermasiswa) yuran pengajian bernilai RM12,500 secara pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) selama satu (1) tahun oleh UNIRAZAK. Program ini juga merangkumi pengetahuan asas mengenai pelbagai bidang di dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan. Di UNIRAZAK, pendidikan adalah untuk semua.

Objektif

Menyediakan peluang bagi anak-anak anggota ahli-ahli sukan di bawah naungan Majlis Sukan Negara (MSN), anak-anak pegawai sukan yang berkhidmat dengan MSN, dan anak-anak ahli-ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.

Membuka peluang bagi anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran di insitusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Menyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.

Membuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.

Melahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Yuran Pendaftaran 
Program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi

UNIRAZAK menawarkan dermasiswa dalam bentuk pengecualian kos yuran pengajian, kepada ahli-ahli sukan di bawah naungan MSN, anak-anak pegawai sukan yang berkhidmat dengan MSN, dan kepada anak-anak ahli- ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB); lepasan SPM yang berkelayakan, bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam program Asasi Sastera, secara pembelajaran Jarak Jauh dalam Talian (ODL) untuk tempoh satu (1) tahun, bernilai RM 12,500 /pelajar.

Yuran pendaftaran sebanyak RM100 perlu dibayar oleh pelajar sekiranya diterima masuk untuk Program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi ini.

UNIRAZAK menawarkan program Asasi Sastera kepada ahli-ahli sukan di bawah naungan MSN, anak-anak pegawai sukan yang berkhidmat dengan MSN, dan kepada anak-anak ahli-ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang dihadkan untuk seramai dua ratus lima puluh (250) orang pelajar setiap tahun.

Kecapi Impian Anda dengan Program Asasi UNIRAZAK

Syarat Kelayakan

Ahli-ahli sukan di bawah naungan Majlis Sukan Negara (MSN), anak-anak pegawai sukan yang berkhidmat dengan MSN, dan anak-anak ahli-ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB);
SPM – Lulus SPM/SPMV dengan keputusan min. 5 kredit atau;
O-Level – Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 subjek atau;
Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

*Syarat Lain: Keputusan Percubaan SPM juga di terima pakai untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK

unirazak Asasi Sastera Foundation in Arts
Dapatkan maklumat lanjut atau daftar sekarang
Daftar Dermasiswa Sekarang!

Hubungi Kami

Kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin

Hubungi Kami

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
Wisma Unirazak, 195A, Jalan Tun Razak, 50400
Kuala Lumpur

+603-2730 7030 [Sales & Marketing]
+603 2730 7000
+603 2730 7000
menuchevron-downcross-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram