DERMASISWA PENGAJIAN

Asasi Sastera
Foundation in Arts

Daftar Dermasiswa Sekarang!

Kerjasama Oleh

Pengenalan

Yayasan LTAT yang dahulu dikenali sebagai Yayasan Warisan Perajurit (YWP) adalah sebuah yayasan yang ditubuhkan bersama oleh syarikat-syarikat Kumpulan LTAT yang diterajui oleh pihak Boustead Holdings Berhad pada tahun 2000. Objektif utama penubuhan yayasan ini ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak dana yang boleh dari kalangan syarikat-syarikat Kumpulan LTAT bagi membantu membiayai kos pembelajaran bagi anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta anak-anak veteran ATM.

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dengan kerjasama Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (Yayasan LTAT) telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk menawarkan peluang kepada anak-anak Anggota ATM dan warga MINDEF yang ingin mencapai impian melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.

Di era norma baharu dengan arus landskap global yang bergerak pantas dan sentiasa berubah serta keadaan negara yang beransur pulih setelah dilanda arus pandemik, impian menyambung pendidikan di institusi pendidikan tinggi kini amat mudah dengan adanya program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi Sastera “Foundation in Arts”.

Program ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Program ini akan dijalankan secara maya sepenuh masa.

Setiap pelajar yang berjaya akan mendapat tajaan penuh (Dermasiswa) yuran pengajian bernilai RM12,500 selama satu (1) tahun oleh UNIRAZAK. Program ini juga merangkumi pengetahuan asas mengenai pelbagai bidang di dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Di UNIRAZAK, pendidikan adalah untuk semua.

Objektif

Menyediakan peluang bagi anak-anak anggota ATM dan warga MINDEF yang terkesan oleh pandemik Covid-19 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.

Membuka peluang bagi anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran di insitusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Menyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.

Membuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.

Melahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Tajaan Yuran Pendaftaran Oleh Yayasan LTAT

Yayasan LTAT akan menaja Yuran Pendaftaran sebanyak RM100 dan pemberian kepada setiap pelajar (anak-anak anggota ATM Malaysia dan warga MINDEF) yang layak mengikuti Program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi ini.

Yayasan LTAT akan membayar yuran pendaftaran dan subsidi pembelian komputer riba ini secara terus kepada UNIRAZAK bagi setiap pelajar yang berjaya mendaftar dalam program dermasiswa ini.

Penajaan yuran pendaftaran dan subsidi pembelian komputer riba ini adalah terhad kepada 250 pelajar yang terawal mendaftar dalam program dermasiswa ini.

Kecapi Impian Anda dengan Program Asasi UNIRAZAK

Syarat Kelayakan

Anak-anak Anggota Tentera Malaysia & Warga MINDEF
SPM – SPM – Lulus SPM/SPMV dengan keputusan min. 5 kredit atau;
O-Level – O-Level – Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 subjek atau;
Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

*Syarat Lain: Keputusan Percubaan SPM juga di terima pakai untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK

Dapatkan maklumat lanjut atau daftar sekarang
Daftar Dermasiswa Sekarang!
This is a block of text. Double-click this text to edit it.

Hubungi Kami

Kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin

Hubungi Kami

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
195A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

+603-2730 7030 [Sales & Marketing]
+603 2730 7000
+603 2730 7000
menuchevron-downcross-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram