Pada 8 April 2021, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) telah diserikan dengan kehadiran bekas atlet-atlet ternama Malaysia bagi program “Teh Tarik Session” yang dianjurkan oleh Jabatan Student Enrichment, Experience & Services Department dalam usahasama bersama Prolintas dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.
Bertempat di The Common, Level 9, Kampus UNIRAZAK, “Teh Tarik Session” ini merupakan sebuah program motivasi webinar untuk pelajar UNIRAZAK. Ianya turut disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube rasmi UNIRAZAK, OfficialUnirazak, untuk tontonan orang ramai.
Antara panelis yang hadir ialah YBhg. Dato’ Abdul Malek Mohamed Noor, bekas jaguh bina badan negara, En. Maninderjit Singh, bekas pemain hoki negara, beserta En. Aminuddin Mohd Nasir, bekas pelumba basikal negara.
Panelis pertama jemputan UNIRAZAK ialah YBhg. Dato’ Abdul Malek Mohamed Noor, bekas atlet bina badan negara yang merupakan jaguh Asia peringkat ‘heavyweight’ sebanyak 6 kali dan terus menaikkan nama Malaysia ke peringkat dunia. Anak kelahiran Batu Pahat ini terus menyumbang tenaga dan pengalaman kepada negara dengan menjadi ahli kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.
Panelis jemputan kedua merupakan En. Maninderjit Singh, bekas pemain hoki kebangsaan yang juga dikenali sebagai “Mike” dalam komuniti sukan Malaysia. Beliau bertanding dalam Summer Olympics 1996 dan 2000 dan dua piala dunia. En. Maninderjit Singh yang berasal dari Selangor ini juga merupakan bekas kapten kepada pasukan hoki negara yang menerima gelaran Asian All Star.
En. Aminuddin merupakan panelis ketiga jemputan UNIRAZAK dan beliau adalah bekas pelumba basikal negara. Antara bidang yang beliau ceburi adalah dari sektor perbankan dan juga pentadbiran sukan. Kini En. Aminuddin merupakan salah seorang ahli pengurusan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB).
Antara perkongsian menerusi “Teh Tarik Session” adalah mengenai hubungkait sukan dengan pembangunan peribadi para pelajar dari segi disiplin, usaha dan keazaman.
Panelis turut bertukar pendapat antara satu sama lain sambil bersoal jawab dengan para penonton di ruangan sembang tentang bagaimana sikap orang ramai boleh membantu dalam menjalani kehidupan norma baharu serta turut menangani pandemik COVID-19.
Dengarkan perkongsian bekas olahragawan Malaysia dengan lebih terperinci di saluran YouTube kami.
+6011-5413 6141 [WhatsApp] | +603-2730 7030 [Sales & Marketing] |
+603 2730 7000 | +603 2730 7070 |
crm@unirazak.edu.my | info@unirazak.edu.my