Courses @ UNIRAZAK

Bahasa Malaysia in Early Childhood Education

Credit

3

Level of Study

Diploma

Synopsis

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang penting bagi perkembangan intrinsik dan ekstrinsik kanak-kanak. Perkembangan intrinsik bermaksud aspek pendidikan diberikan untuk menilai potensi prestasi kanak-kanak dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi perkembangan ektrinsik pula, pendidikan yang diterapkan adalah proses pembelajaran hakiki yang perlu dilalui oleh kanak-kanak mengikut tahap umur mereka. Berdasarkan kedua-dua kepentingan pendidikan ini, maka terdapat beberapa kajian yang menunjukkan bahawa guru pendidikan awal kanak-kanak mempunyai pengetahuan yang terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanak-kanak akibat pendekatan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan atau pun memandang ringan pengaplikasian teori dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna, terdapat strategi yang tidak efektif dalam pengajaran guru ekoran daripada kurang pengetahuan dan latihan yang jitu dalam proses memberi pendidikan dan dalam masa yang sama menilai kembali keberkesanan pengajaran mereka. Pengajaran guru seharusnya menerapkan pelbagai strategi yang kompeten bagi memastikan kualiti pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak sejajar dengan hasrat yang diinginkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bertitik tolak daripada permasalahan ini, para guru perlu memastikan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran bersifat proaktif dan strategi penilaian yang dimanfaatkan dapat mengukur potensi kognitif dan psikomotor kanak-kanak dengan baik dan berkesan.

Learning Outcomes

  • Mengenalpasti perbezaan di antara teori-teori bahasa.
  • Membincangkan 4 jenis kemahiran dalam sukatan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dalam subjek Bahasa Melayu.​
  • Membandingkan kaedah dan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran Bahasa Melayu.​
Back to Previous page
Back to Previous page
Wholly owned by
YAYASAN PELABURAN BUMIPUTRA
DU005(W)
homeenvelopeprinterphone-handsetcrossmenuchevron-downchevron-left-circle
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram