
Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) terus mengekalkan kecemerlangannya apabila sekali lagi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kaunter Universiti Terbaik 2025 sempena Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat dan Wakaf PPZ-MAIWP 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Marhamah Rosli, barisan pengurusan tertinggi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), wakil agensi kerajaan, institusi kewangan, institusi pengajian tinggi serta ejen kutipan zakat dan wakaf.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif UNIRAZAK, En. Amil Izham Hamzah, yang mewakili universiti, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen UNIRAZAK dalam menggalakkan budaya berzakat serta memperkukuh usaha kutipan zakat dan wakaf melalui kerjasama strategik bersama PPZ-MAIWP.
Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan universiti dalam memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan zakat dan wakaf, di samping menyokong agenda pembangunan sosioekonomi ummah melalui pelbagai inisiatif yang mampan. UNIRAZAK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPZ-MAIWP atas pengiktirafan yang diberikan. Pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada UNIRAZAK untuk terus memperkukuh budaya kecemerlangan, integriti dan tanggungjawab sosial sejajar dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan serta warga yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik dan profesional, malah mempunyai nilai kemanusiaan dan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat.

+6011-5413 6141 [WhatsApp] | +603-2730 7030 [Sales & Marketing] |
+603 2730 7000 | +603 2730 7070 |
crm@unirazak.edu.my | info@unirazak.edu.my