DERMASISWA PENGAJIAN

Asasi Sastera
Foundation in Arts

Daftar Dermasiswa Sekarang!
Asasi Sastera Foundation in Arts

Kerjasama Oleh

logo PDRM
Logo Unirazak

Pengenalan

Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 135,481 pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas 'non-regulatory' seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah inisiatif persefahaman untuk menawarkan peluang kepada anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ingin mencapai impian melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi.

Di era norma baharu dengan arus landskap global yang bergerak pantas dan sentiasa berubah serta keadaan negara yang beransur pulih setelah dilanda arus pandemik, impian menyambung pendidikan di institusi pendidikan tinggi kini amat mudah dengan adanya program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi Sastera “Foundation in Arts”.

Program ini merupakan program pengajian peringkat asasi selama setahun bagi persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UNIRAZAK atau mana-mana institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Program ini akan dijalankan secara maya sepenuh masa.

Setiap pelajar yang berjaya akan mendapat tajaan penuh (Dermasiswa) yuran pengajian bernilai RM12,500 selama satu (1) tahun oleh UNIRAZAK. Program ini juga merangkumi pengetahuan asas mengenai pelbagai bidang di dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Di UNIRAZAK, pendidikan adalah untuk semua.

Objektif

Menyediakan peluang bagi anak-anak warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terkesan oleh pandemik Covid-19 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat institusi pendidikan tinggi.

Membuka peluang bagi anak-anak muda untuk melanjutkan pelajaran di insitusi pendidikan tinggi di Malaysia dalam jurusan perniagaan, perakaunan, ekonomi, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Menyokong usaha pembangunan negara dalam meningkatkan generasi berpendidikan tinggi dalam semua lapisan masyarakat.

Membuka peluang serta membantu menjayakan visi negara dalam melahirkan generasi berpendapatan tinggi.

Melahirkan generasi yang pakar dalam bidang perniagaan, ekonomi, perakaunan, pengurusan, bahasa dan pendidikan.

Yuran Pendaftaran 
Program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi

Yuran Pendaftaran sebanyak RM100 bagi satu tahun dikenakan  kepada setiap pelajar (anak-anak warga Polis Diraja Malaysia) yang layak mengikuti Program Dermasiswa Pengajian Peringkat Asasi ini.

Yuran Pendaftaran sebanyak RM100 bagi satu tahun ini juga perlu di bayar ketika permohonan pelajar baru di terima masuk ke Unirazak.

Kecapi Impian Anda dengan Program Asasi UNIRAZAK

Syarat Kelayakan

Anak-anak Warga Polis Diraja Malaysia
SPM –  Lulus SPM/SPMV dengan keputusan min. 5 kredit atau;
O-Level – Lulus O-Level dengan keputusan Gred C di dalam 5 subjek atau;
Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

*Syarat Lain: Keputusan Percubaan SPM juga di terima pakai untuk kemasukan ke Program Asasi UNIRAZAK

unirazak Asasi Sastera Foundation in Arts
Dapatkan maklumat lanjut atau daftar sekarang
Daftar Dermasiswa Sekarang!

Hubungi Kami

Kami akan menghubungi anda semula secepat mungkin

Hubungi Kami

UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK DU005(W)
195A, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

infoinfoinfoinfoinfoinfoinfoinfokqbdKqbd
menuchevron-downcross-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram